"Suatu
kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal
Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan Dan bisa menitis air
Mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang
kelam Dan sunyi.
Tiba-tiba
IA terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah
kubur, Dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan Dan
berdebar.
Terpegun Dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur
ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa.
Samada
IA seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa
kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di
atas kuburan yang bercahaya
itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan
ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki Dan ingin mengetahui
kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang
mereka ketahui Dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang
pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung
kerumah simati Dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan
keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anihnya isteri simati terkejut Dan kehairanan. Dia sangat mengenal
suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa
. Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang
ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin,
bukan guru quran. Malah suaminya
tidak pandai membaca quran Dan dia tidak pernah mendengar suaminya
membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki
tersebut Dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati
selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati
teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh is mati, setiap kali
sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap
malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di
dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium Dan
dipeluknya dengan penuh kecintaan Dan
kasih sayang.
Ia akan duduk Dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti
sedang membaca, sedangkan IA seorang yang buta alqur’an. Dia akan
meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang
menyentuh Dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.
Tambah isteri simati lagi, IA pernah mendengar rintihan Dan esakan
tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu.
Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah,
maafkan kesalahan Ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak
dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat
mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan
engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri
simati lagi. Kadang-kadang suaminya
tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk
melihat alquran kesayangan suaminya
itu. Benar Dan sangat mengharukan apabila IA melihat naskah yang mulia
itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek
berkali-kali. Dan Ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang
sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka
lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu
dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan
sesungguhnya.
Bererti
IA mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa Dan raganya. Marilah Kita
menghidupkan alquran di dalam masjid Kita, di dalam rumah Kita, di dalam
diri Kita, sepanjang
bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis Dan
disesuaikan semula untuk bacaan semua. "
Tuesday, 31 July 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment